Wednesday, 19 December 2012

Singapore: How To Drive To Singapore

Apa yang anda perlukan
What you need


  1. Singapore dollar. Anda dinasihatkan menukarnya di mana-mana Money Changer sebab bank charge mahal sikit. SGD1 = RM2.46.
  2. Valid passport
  3. GPS
  4. Petrol penuh (kat sana mahal dowh!)
  5. Geran & insurans kereta (untuk beli autopass)
  6. Mykad
  7. Roadtax kereta driving license (kedua-dua belum tamat tempoh)
  8. Pen
  9. Touch & Go (wajib ada!)
  10. Whitecard aka DE Card (ini diambil di Singapore Immigration. Jangan bimbang kalau takde)
  11. Autopass Card (Fungsi kad ini seperti Touch & Go. 1st timer beli selepas masuk Singapore Immigration)

Dari Johor anda boleh ke Singapore melalui Woodlands atau Tuas. Jika anda dari JB, lalu ikut Woodlands. Jika dari Highway Plus, better use Tuas. Kemudian, drive ke bangunan Custom Immigration Quarantine (CIQ). Drive thru mana-mana booth immigration yang ada signal lampu hijau.

*Dinasihatkan jangan mengambil gambar di mana-mana booth immigration sama ada di Malaysia atau Singapura kalau tak nak kena masuk jail.

At the Malaysian Immigration booth


  1. Tanggal sunglasses. Kalau boleh jangan pakai sepanjang Woodlands atau Tuas
  2. Buka semua tingkap.
  3. Senyum (^_^)
  4. Beri salam kalau kakitangan immigration tu muslim.
  5. Beri passport anda. Tunggu sampai dia cop passport.
  6. Ambil passport. Jangan lupa ucap terima kasih. 

Drive all the way to Woodlands. Selalunya pada siang hari jalan ni agak jam. Mungkin ambil masa setengah jam dok atas jambatan aje. 

At the Woodlands Immigration Checkpoint


  1. Drive thru mana-mana immigration booth.
  2. Buka semua tingkap dan hulurkan passport & whitecard.
  3. Kalau tak de whitecard mintak dengan immigration officer di booth tersebut. Tulis di situ jugak! 
  4. Kalau pemandu yang selalu masuk Singapore macam aku ni mintak whitecard banyak terus
  5. Dah siap tulis serah pada immigration officer beserta passport
  6. Tunjuk muka dan senyum (^_^)
  7. Selepas dia cop passport, ambil passport beserta keratan whitecard.


White card

**Jangan hilangkan keratan whitecard itu kalau tak nak kena tahan dari masuk Malaysia balik.

Ikut Red Channel untuk beli Autopass. Kalau dah ada teruskan perjalanan ke Custom Check.

Buying Autopass

Semua pemandu wajib beli Autopass. Kegunaan untuk bayar tol, bayar parking dan untuk keluar balik ke Malaysia. 1 Autopass untuk 1 kenderaan. Tidak boleh berpindah hak milik. Jika didapati tidak beli atau guna Autopass anda boleh didenda sebanyak $300. Harga untuk satu Autopass ialah $10.



Untuk yang datang 1st time ke Singapore anda diberi percuma Vehicle Entry Permit selama 10 hari. Tak perlu laa aku nak terangkan selepas 10 hari tuh kena bayar macam mana. Yang pasti Autopass korang kena sentiasa penuh dan top up kena lebih daripada $20. Tapi kalau masuk weekend, VEP ni FOC laa.



  1. Parking di tempat yang disediakan
  2. Bawa passport.
  3. Panggil staff ke kereta untuk check kereta, road tax etc (aku tak perlu menempuhi procedur ni sebab aku sampai awal pagi buta)
  4. Ke kaunter Autopass dan isi borang
  5. Serahkan borang
  6. Bayar harga Autopass
  7. Dapat Autopass & resit

Kemudian bawa kereta ke inspection booth pulak.


  1. Ikut Green Channel kalau tiada barang untuk declare
  2. Berhenti di lorong khusus untuk kastam cek barang
  3. Driver sahaja yang turun yang lain tak payah
  4. Bukak boot kereta
  5. Pegawai kastam cek. Dia angguk, pastu jalan.

Jangan senang hati lagi. Lepas tu kena pergi 7-Eleven atau Cash Card & Autopass Top up booth untuk top up Autopass sebab dalam tuh ada $6 je. Nak lagi best top up $50 terus. Senang hati.

Untuk keluar Singapore procedurnya serupa je cuma lepas bagi passport kat immigration booth di Singapore perlu masukkan Autopass dalam slot tepi booth tu. Lepas tuh terus ke Johor dan buat perkara yang sama. Guna Touch & Go selepas beri passport pada pegawai immigration kat Malaysia. Kadang-kadang kena hadap pegawai kastam di Johor, kadang-kadang tak perlu bergantung kepada trafik. Cuma pegawai kastam di Johor ni kurang strict laa nak bandingkan dengan pegawai kastam Singapore.

So, people. Have fun in Singapore! Uniquely Singapore...



No comments:

Post a Comment